Ziarah Haji merupakan salah satu perjalanan suci dalam Islam. Bertempat di Mekah, Arab Saudi, ia adalah kewajipan agama yang wajib bagi setiap Muslim yang mampu dari segi fizikal dan berkemampuan dari segi kewangan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Dalam panduan ini, anda akan temui semua yang anda perlu tahu tentang Haji 2025. Daripada tarikh permohonan Haji, keperluan visa, dan peraturan kepada butiran ibadah, kos, dan kemaskini berita terkini mengenai Haji.
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji?
Haji adalah salah satu daripada lima Rukun Islam dan kewajipan agama bagi semua umat Islam yang mampu dari segi fizikal dan kewangan untuk menunaikannya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Ia mewakili pengabdian diri kepada Allah, pembersihan rohani, dan perpaduan global di kalangan umat Islam.
Rukun Islam yang lima ialah: Syahadah (Iman), Solat (Sembahyang), Zakat (Sedekah), Puasa (Berpuasa dalam bulan Ramadan), dan Haji (menunaikan haji ke Mekah). Haji, iaitu menziarah ke Mekah, adalah untuk memperingati perjalanan dan tindakan Nabi Ibrahim, isterinya Hajar, dan anak mereka Ismail.
Haji adalah wajib, tetapi hanya kepada mereka yang berkemampuan untuk melakukan perjalanan. Ia boleh menjadi perjalanan yang agak sukar dan mahal, dan keadaan cuaca boleh menjadi sangat terik. Maka hanya mereka yang cergas dan berkemampuan sahaja yang menunaikan haji.
Semasa Haji, jemaah akan melakukan beberapa siri ibadah suci. Ia dilakukan mengikut susunan dan mempunyai kepentingan sejarah dan rohani yang mendalam. Rukun Haji termasuklah:
- Ihram: Jemaah haji memasuki tempat untuk menyucikan rohani. Pakaian istimewa dipakai semasa rukun ini.
- Tawaf: Mengelilingi Kaabah tujuh kali di Mekah.
- Sa’i: Berjalan tujuh kali di antara Bukit Safa dan Marwah.
- Mina: Jemaah haji pergi ke bandar khemah suci ini untuk berdoa.
- Arafah: Berlangsung pada Hari ke 9, ini merupakan hari semua jemaah haji kekal menunaikan solat. Ia dianggap hari paling penting bagi Haji.
- Muzdalifah: Jemaah mengutip batu untuk upacara melontar.
- Melontar di Jamrah: Batu dilontar sebagai simbolik penolakan kepada kejahatan.
- Korban Hari Raya: Upacara ini menghormati kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya.
- Tawaf al-ifadah: Rukun terakhir ini menandakan tamatnya upacara Haji utama.
Apakah Perkara Baharu bagi Haji 2025?
Berikut merupakan berita kemaskini untuk Haji 2025:
- Jemaah Haji dari 14 negara tertakluk kepada peraturan visa yang lebih ketat menurut peraturan baharu. Warganegara Algeria, Bangladesh, Mesir, Ethiopia, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Maghribi, Nigeria, Pakistan, Sudan, Tunisia, dan Yaman hanya layak memohon visa pelancong kemasukan tunggal, bukan visa kemasukan berbilang satu tahun. Terpakai untuk semua pelancongan dan perjalanan singkat ke Arab Saudi, bulan hanya untuk Haji. Mereka masih boleh memohon untuk visa Haji jika mereka layak. Visa kemasukan tunggal hanya sah untuk 30 hari.
- Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan melarang kanak-kanak daripada melaksanakan ibadah Haji 2025, dengan mengutamakan jemaah Haji dewasa.
- Mereka juga mengumumkan bahawa jemaah Haji kali pertama akan diberi keutamaan berbanding yang pernah melakukannya sebelum ini. Ini bertujuan untuk memberikan lebih ramai Muslim kesempatan untuk melengkapkan upacara keagamaan ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Kemaskini lain termasuklah:
- Jemaah Haji yang menggunakan Nusuk meningkat untuk permohonan Haji 2025.
- Wanita boleh berjalan tanpa mahram.
- Sistem kesihatan dan biometrik digital akan diperkemas untuk proses permohonan.
- Pengumuman awal untuk mengelakkan tekanan permohonan Haji saat akhir dijangkakan.
Jemaah haji boleh mengikuti perkembangan terkini melalui platform Nusuk atau pihak berkuasa haji tempatan mereka di negara asal mereka.
Tarikh Haji 2025
Kalendar Islam tidak mengikut tarikh yang sama dengan kalendar Gregorian Barat. Ia merupakan kalendar lunar yang bergantung kepada fasa-fasa bulan. Tidak seperti Umrah, yang boleh dilakukan sepanjang tahun, Haji hanya daripada 8 ke 13 bulan Zulhijah dalam kalendar Islam. Haji bermula pada hari ke 8 dan berakhir kira-kira 5 ke 6 hari, sering disebut sebagai hari-hari Haji.
Jadi, jika anda khuatir “bilakah tarikh Haji”, jawapannya untuk tahun 2025 ialah;
- Haji dijangkakan berlangsung dari 4 haribulan Jun ke 9 haribulan Jun 2025 (kalendar Gregorian), bersamaan dengan 8-14 Zulhijah dalam kalendar Islam.
- Tarikh tepat bergantung pada penampakan bulan di Negara Arab Saudi. Jemaah haji boleh terus dikemas kini melalui sumber yang disahkan untuk maklumat tersebut.
Siapakah yang Boleh Melaksanakan Haji?
Semua jemaah haji yang pergi ke Mekah untuk melaksanakan Haji mestilah memenuhi kriteria kelayakan.
- Mereka mestilah Muslim.
- Mereka mestilah sihat fizikal dan mental.
- Mereka mesti mempunyai sumber kewangan untuk menyara diri dan keluarga mereka sepanjang tempoh haji dan untuk perjalanan pergi dan balik Arab Saudi.
- Kanak-kanak mestilah dalam umur yang bijak. Ini adalah usia di mana mereka boleh melakukan ibadah dan solat dengan pengetahuan dan pemahaman tentang kepentingannya. Ini biasanya sekitar umur 9 untuk perempuan dan umur 7 untuk lelaki.
- Walaubagaimanapun, di bawah peraturan terkini Haji 2025, Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kanak-kanak tidak akan dibenarkan untuk mengiringi jemaah haji. Keputusan yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah ini bertujuan melindungi kanak-kanak daripada bahaya kesesakan dan memastikan keselamatan mereka semasa menunaikan ibadah haji. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa sekatan ini tidak dilaksanakan semasa Haji 2024, menandakan perubahan ketara dalam dasar untuk musim haji yang akan datang.
Mengikut peraturan Haji Arab Saudi yang dikemas kini mulai 2021, wanita yang menunaikan haji kini boleh melakukan perjalanan tanpa mahram (penjaga lelaki). Warga emas atau wanita hamil perlu berunding dengan doktor terlebih dahulu kerana sifat jemaah haji yang menuntut untuk aktif secara fizikalnya.
Umat Islam dikecualikan daripada haji jika mereka mempunyai kecacatan kekal fizikal atau mental. Warga emas dan pesakit kritikal juga dikecualikan. Mereka yang tidak mampu dalam perjalanan juga tidak diwajibkan untuk menyempurnakan ibadah haji.
Jemaah haji kali pertama diutamakan berbanding mereka yang pernah hadir berkali-kali bagi memastikan lebih ramai umat Islam berpeluang menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Keperluan Visa Haji
Untuk menunaikan haji, jemaah haji mesti mendapatkan visa kemasukan tunggal bagi jemaah haji. (Visa kemasukan berbilang biasanya dikeluarkan untuk umrah atau perjalanan perniagaan, bukan haji.)
Dokumen yang Diperlukan
- Pasport yang Sah (sekurang-kurangnya 6 bulan tempoh sah selepas tarikh ketibaan di Arab Saudi).
- Gambar berukuran pasport terkini.
- Bukti vaksinasi.
- Tempahan pakej Haji yang telah disahkan.
Cara untuk Memohon bagi Haji 2025
Jemaah Haji boleh memohon Haji 2025 melalui:
- Platform Haji Nusuk (portal rasmi Arab Saudi).
Proses permohonan haji 2025 adalah sangat mudah dan akan diselesaikan melalui Platform Haji Nusuk. Semua pemohon akan mengikuti langkah berikut:
- Cipta Akaun – Semua pemohon mestilah bermila dengan mencipta alaun melalui Platform Haji Nusuk.
- Muatnaik Dokumen Anda – Kumpul dan muatnaik semua dokumen yang diperlukan untiuk permohonan Haji anda.
- Isi permohonan – Lengkapkan maklumat permohonan anda melalui Platform Haji Nusuk.
- Pengesahan Permohonan Hantar biometrik melalui permohonan Saudi Visa Bio dan pastikan semua rekod vaksinasi dan dokumen yang diperlikan telah disahkan.
- Pilih kategori pilihan – Pilih kategori perkhidmatan Haji pilihan anda.
- Tambah nilai eDompet – Danakan akaun anda untuk pembayaran yang diperlukan.
- Semak imbas penyedia perkhidmatan – Terokai pilihan perkhidmatan berbeza yang tersedia untuk anda.
- Pilih pakej pilihan anda – Semak dan pilih daripada pakej pelancongan Haji yang diluluskan secara rasmi yang paling sesuai dengan keperluan anda.
- Tempah pakej anda – Sahkan dan tempah pakej Haji yang dipilih.
- Semak itinerari – Memuktamadkan dan menyemak semula pelan perjalanan Haji anda yang telah lengkap.
Selepas melengkapkan langkah ini, tunggu kelulusan daripada Kementerian Haji dan Umrah.
Sesetengah jemaah Haji juga boleh dipilih melalui cabutan Haji kebangsaan.
Semua jemaah haji akan menyerahkan data biometrik mereka (cap jari dan imej muka) melalui aplikasi mudah alih Saudi Visa Bio. Ini mesti dilakukan sebelum permohonan visa dikemukakan.
Pakej Haji dan Kos bagi tahun 2025:
Tertanya-tanya berapakah kos haji pada tahun 2025? Inilah yang anda perlu tahu:
Harga Haji 2025 (anggaran):
Ekonomi: $3000 – $7000
Peringkat Pertengahan: $8000 – $10,000
Premium: $11,000+
Harga bergantung pada negara pemohon, pembekal dan penginapan yang dipilih.
Apa yang Termasuk dalam Pakej Biasa?
- Penerbangan (dua hala)
- Penginapan di Mekah, Mina, dan Arafah
- Makanan
- Pengangkutan tempatan
- Perkhidmatan pemandu pelancong
- Penjagaan perubatan asas
Pakej ekonomi menawarkan kemudahan dan perkhidmatan asas pada harga yang lebih berpatutan. Pakej premium lebih mewah dan menawarkan penginapan yang lebih selesa berhampiran Masjidil Haram. Pakej premium biasanya menawarkan perkhidmatan yang dipertingkatkan dan bantuan yang diperibadikan, serta pilihan santapan mewah. Pakej ekonomi adalah pilihan paling mesra bajet untuk Haji.
Harga untuk ketiga-tiga mata harga akan berbeza-beza bergantung pada perkhidmatan yang disediakan dan tahap perkhidmatan yang disediakan. Sesetengah penyedia sangat terkenal, manakala yang lain adalah masih baru dalam bidang ini. Jemaah haji dinasihatkan membuat kajian sebelum membuat keputusan mengenai penyedia perkhidmatan haji.
Rukun Utama bagi Haji
Setiap rukun haji mengikut tindakan Nabi Muhammad dan mempunyai kepentingan rohani yang mendalam.
Ihram (8 Zulhijah)
Jemaah Haji memasuki tempat untuk penyucian dan memakain pakaian yang ditetapkan.
Tawaf (8 Zulhijah)
Jemaah Haji bergerak ke Mina dan menghabiskan waktu malam dengan solat.
Arafah (9 Zulhijah)
Ini adalah hari paling suci Haji 2025. Jemaah Haji kekal menunaikan solat dan doa.
Muzdalifah (Malam 9 Zulhijah)
Jemaah haji mengumpul kerikil untuk upacara keesokan harinya dan tidur di bawah langit.
Melontar di Jamrah (10 Zulhijah)
Batu dilontarkan pada tiga tiang yang melambangkan Syaitan sebagai simbolik penolakan terhadap kejahatan.
Pengorbanan Aidiladha
Ibadah ini memperingati kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya kepada Tuhan.
Tawaf al-Ifadah
Jemaah Haji mengelilingi Kaabah selepas kembali ke Mekah.
Panduan Perjalanan & Kesihatan untuk Jemaah Haji
Vaksinansi diperlukan untik Haji 2025 termasuk:
- Meningitis meningokokus (diperlukan bagi semua jemaah Haji).
- COVID-19 (hanya diperlukan untuk kumpulan berisiko tinggi, termasuk mereka yang berumur lebih dari 65 tahun, wanita hamil dan orang yang mempunyai keadaan kronik tertentu).
- Vaksin polio (diperlukan untuk pelawat dari negara dengan kehadiran virus polio).
- Vaksin Demam Kuning (diperlukan untuk pelawat dari kawasan endemik).
Semua jemaah Haji dinasihati untuk:
- Kekal terhidrat dan bawa larutan elektrolit.
- Pakai pakaian yang mudah untuk bernafas dan kasut berjalan yang kukuh.
- Simpan ID, dokumen dan kenalan kecemasan di tangan.
Kesimpulan
Haji 2025 menjanjikan pengalaman yang kaya dari segi rohani dan logistik. Apabila persediaan berkembang, sistem digital dan perkhidmatan sokongan yang lebih baik bertujuan untuk memudahkan perjalanan untuk semua jemaah haji.
Jika anda merancang untuk memohon haji 2025, mulakan awal. Fahami kelayakan anda, pilih pakej yang sesuai, dan sediakan mental, fizikal dan rohani.
Soalan Lazim mengenai Haji 2025
Daftar melalui Platform Haji Nusuk dan hantarkan permohonan anda. Warganegara UK akan memerlukan visa Haji.
Harga berbeza dari $3000 hingga lebih $11,000, bergantung pada jenis pakej anda, dari mana anda memulakan perjalanan dan bilangan orang yang melakukan perjalanan bersama anda.
Haji 2025 dijangka dari 4 Jun hingga 9 Jun 2025, tertakluk kepada penampakan bulan dari Arab Saudi yang lebih hampir dengan tarikh tersebut.
Tidak. Hanya visa kemasukan tunggal untuk jemaah Haji diterima. Visa kemasukan berbilang adalah untuk umrah dan perjalanan bukan berkaitan agama.
Haji adalah wajib dan dilakukan pada tarikh tertentu. Umrah tidak wajib dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan visa Saudi untuk Umrah atau eVisa Saudi, jika anda layak.
Tiada had umur lebih usia rasmi untuk Haji 2025, tetapi jemaah haji mesti cukup cergas untuk mengharungi cabaran fizikal. Kanak-kanak mesti cukup dewasa untuk memahami dan menyelesaikan rukun tersebut. Sesetengah keadaan kesihatan atau had berkaitan usia mungkin memerlukan pelepasan perubatan atau sokongan tambahan.